Recipe Kek pisang bercoklat Feb 5, '08 3:16 AM
for everyone
Category:   Baking
Style:   Other
Special Consideration:   Quick and Easy

Description:
resepi asal (tanpa coklat) dr sis tp dah ditokok tambah sikit supaya ada kelainan dari resipi kek pisang yg lain....

Ingredients:
Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang


Directions:
Cara-cara Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul telur dengan kelajuan tinggi hingga betul2 kembang dan masukkan 2 sudu makan tepung kedalamnya supaya adunan telur tidak turun. Pukul lagi sehingga sebati.
Pukul mentega dan gula dalam bekas berasingan hingga kembang(putih) dan masukkan pisang dan esen vanila kedalamnya. Pukul lagi hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan telur kedalam adunan mentega. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dengan kaedah kaup balik. Jgn gaul terlalu lama.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke loyang dan bakarlah selama lebih kurang 45 minit. Setelah 30 minit atau bahagian atas kek mula nampak perang/garing, boleh lah ditutup dengan tudung periuk/aluminium foil. Teruskan membakar kek sehingga masak.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
Selamat mencuba..


ilazcreative wrote on Feb 13
pakai pisang apa na??
pisang tanduk ke?? kepok ke?? pisang emas??
randygiggs27 wrote on Feb 14
pakai pisang apa na??
pisang tanduk ke?? kepok ke?? pisang emas??
pakai apa2 pisang pon blh....tapi bukan pisang tanduk or kepok sudah...
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help